Pembelian stok adalah belian barang stok atau produk yang akan dijual kepada customer. Ianya penting untuk direkodkan ke dalam sistem kerana ianya merupakan COGS, iaitu harga kos belian yang akan ditolak pada profit & loss untuk mengetahui untung atau rugi. Perlu direkod setiap kali restock dan membeli barang.
Sebelum key in ke dalam sistem, penting untuk mengetahui nature of business, iaitu bisnes secara trading atau manufacturing (pembuatan)?
- Trading — Menjual sesuatu produk tanpa mengubah fizikal produk, iaitu membeli barang dari supplier dan menjual semula barang tersebut kepada customer tanpa mengubah fizikal produk.
- Manufacturing (pembuatan) — Memproses atau membuat sendiri produk tersebut, seperti makanan, minuman dan service.
Cara merekodkan pembelian stok
Ada dua cara untuk merekodkan pembelian stok:
- Purchase Invoice (sesuai untuk trading). Cara rekod Purchase Invoice boleh lihat di Macam mana nak rekod Purchase di Invois Belian?
- New Expense > COGS > Material Purchase (sesuai untuk manufacturing). Cara rekod New Expense boleh lihat di sini.
