EN
×

Panduan Lengkap Penggunaan e-Invoice untuk Usahawan Malaysia

Insight Bisnes · 20 September 2024

Panduan lengkap penggunaan e-invoice untuk usahawan Malaysia

1. Pengenalan kepada e-Invoice

1.1 Apa itu e-invoice?

e-Invoice atau invois elektronik ialah invois yang dibuat, dihantar, dan diterima secara digital. Di Malaysia, e-invoice ni bukan sekadar invois digital biasa seperti PDF atau dokumen e-mel, tapi invois tu kena dihantar melalui portal MyInvois untuk disahkan dan diselaraskan dengan sistem cukai dan perakaunan negara.

1.2 Perbezaan Antara e-Invoice dan Invois Digital

Ramai usahawan masih keliru antara e-invoice dan invois digital. e-Invoice perlu ada integrasi dengan platform automatik seperti sistem perakaunan dan portal MyInvois, manakala invois digital cuma merujuk kepada invois yang dihantar secara elektronik tanpa melalui proses pengesahan rasmi. Perbezaan ni penting sebab hanya e-invoice yang dihantar melalui portal MyInvois diiktiraf secara sah di Malaysia.

2. Kenapa e-Invoice Penting?

2.1 Menjimatkan Masa dan Kos

Dengan e-invoice, perniagaan boleh jimat masa daripada buat invois manual dan hantar invois kepada pelanggan dengan cepat. Bila invois dihantar melalui portal MyInvois, ia secara automatik akan selaras dengan rekod kewangan dan sistem cukai kerajaan — kurang risiko untuk kesilapan manusia.

2.2 Memenuhi Keperluan Undang-Undang

Di Malaysia, e-invoice dah jadi satu keperluan untuk pastikan invois ikut peraturan cukai. Dengan guna e-invoice dan hantar melalui portal MyInvois, perniagaan boleh pastikan rekod kewangan sah dan memenuhi standard dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

2.3 Mengurangkan Risiko Kesilapan dan Penipuan

e-Invoice juga kurangkan risiko invois palsu atau tak sah. Sistem pengesahan di portal MyInvois akan rekod invois secara rasmi, jadi ini boleh minimumkan kesilapan atau penipuan dalam urusan bisnes.

3. Cara Menggunakan e-Invoice Melalui Portal MyInvois

Nak guna e-invoice di Malaysia tak susah — ada beberapa langkah mudah untuk pastikan invois anda sah dan sesuai dengan keperluan bisnes.

3.1 Daftar Akaun di Portal MyInvois

Untuk mula guna e-invoice, anda kena daftar akaun di portal MyInvois yang disediakan kerajaan. Portal ni berfungsi untuk sahkan invois dan sambungkan bisnes anda dengan sistem cukai negara.

Portal MyTax LHDN untuk daftar e-invoice

Portal MyInvois untuk pengesahan e-invoice

3.2 Integrasi dengan Sistem Perakaunan

Banyak sistem perakaunan sekarang ada integrasi terus dengan portal MyInvois, jadi senang nak hantar e-invoice tanpa perlu banyak proses manual. Contohnya, Niagawan Plus membolehkan anda hantar invois terus ke MyInvois dan kemas kini rekod kewangan secara automatik.

3.3 Penghantaran Invois dan Pengesahan

Lepas invois siap melalui sistem perakaunan, ia perlu dihantar ke portal MyInvois untuk disahkan. Proses ni pastikan invois diterima secara sah oleh pembeli dan pihak berkuasa cukai.

4. Kelebihan e-Invoice untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Bagi usahawan Malaysia, e-invoice membawa banyak kelebihan yang dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan perniagaan.

  • Peningkatan Kecekapan dalam Pengurusan Kewangan: Penggunaan e-invoice melalui portal MyInvois membolehkan perniagaan menguruskan kewangan mereka dengan lebih cekap.
  • Penjimatan Kos dan Masa: Perniagaan dapat menjimatkan kos kertas, penghantaran, dan masa yang digunakan untuk menyediakan invois manual. Segala proses menjadi lebih pantas dan teratur.
  • Mempercepatkan Proses Pembayaran: e-Invoice memudahkan pelanggan membuat bayaran dengan segera kerana invois dihantar secara digital dan disahkan melalui portal MyInvois.

5. Tips Memaksimumkan Penggunaan e-Invoice

5.1 Gunakan Sistem Perakaunan yang Terintegrasi

Pilih sistem perakaunan seperti Niagawan Plus atau PosPro yang mempunyai integrasi dengan portal MyInvois. Ini memastikan setiap invois yang anda hasilkan memenuhi keperluan undang-undang dan dihantar secara automatik ke portal untuk pengesahan.

5.2 Latih Kakitangan Anda

Pastikan kakitangan anda tahu bagaimana menggunakan e-invoice dengan betul. Latihan yang mencukupi akan membantu mengurangkan kesilapan dan memastikan penggunaan e-invoice berjalan lancar dalam operasi harian perniagaan anda.

6. Bagaimana Niagawan Memudahkan Penggunaan e-Invoice

6.1 Integrasi Terus dengan Portal MyInvois

Sistem dari Niagawan telah integrasi langsung dengan portal MyInvois, membolehkan perniagaan kecil dan sederhana menghantar e-invoice secara automatik untuk pengesahan. Dengan hanya beberapa langkah, invois boleh dihantar dan disahkan, mengurangkan masa yang diperlukan untuk mengurus dokumen secara manual.

Niagawan Plus sebagai perantara e-invois yang dipercayai

Niagawan Plus bertindak sebagai perantara yang dipercayai, memastikan status e-invois anda diluluskan dan memenuhi garis panduan LHDN.

6.2 Automasi Proses Invois

Salah satu kelebihan utama sistem dari Niagawan ialah automasi dalam penyediaan dan penghantaran invois. Setelah invois dihasilkan dalam sistem, ia boleh dihantar ke portal MyInvois secara automatik tanpa perlu memindahkan data atau mengisi semula butiran pelanggan.

Hanya hantar pautan yang disediakan kepada pelanggan melalui WhatsApp, pelanggan sendiri yang akan isikan maklumat mereka. Ini menjadikan proses lebih lancar dan bebas ralat, sesuai untuk perniagaan yang sibuk.

6.3 Kepantasan dan Ketelusan dalam Rekod Kewangan

Dengan sistem dari Niagawan, semua transaksi yang berkaitan dengan e-invoice direkodkan dalam sistem secara masa nyata. Ini bermakna anda boleh mengesan status e-invois anda sama ada masih diproses, berjaya, atau gagal dalam proses pengesahan di portal MyInvois.

Maklumat ini mudah diakses melalui dashboard sistem yang mesra pengguna, memberi anda gambaran keseluruhan kewangan perniagaan dengan cepat dan telus.

Antaramuka laporan e-invois Niagawan Plus

Antaramuka laporan e-invois Niagawan Plus menunjukkan status pelbagai e-invois, termasuk proses yang sedang berjalan dan yang telah berjaya dihantar.

6.4 Pematuhan Undang-Undang dengan Mudah

Salah satu cabaran utama dalam penggunaan e-invoice di Malaysia adalah memastikan setiap invois mematuhi piawaian cukai yang ditetapkan oleh kerajaan melalui portal MyInvois.

Niagawan Plus memastikan invois anda sentiasa mengikuti keperluan undang-undang terkini. Invois yang dihasilkan telah secara automatik mematuhi format yang diperlukan dan diselaraskan dengan sistem cukai yang diiktiraf.

e-Invois Niagawan Plus mematuhi garis panduan LHDN

e-Invois yang dijana oleh Niagawan Plus mematuhi sepenuhnya garis panduan LHDN, menjadikannya mudah dan selamat untuk usahawan Malaysia.

6.5 Laporan dan Analitik yang Terperinci

Selain memudahkan buat dan hantar e-invoice, sistem akaun Niagawan juga beri laporan terperinci tentang prestasi invois anda. Anda boleh lihat invois yang paling cepat dibayar, berapa lama purata untuk dapatkan bayaran, dan analisis produk atau perkhidmatan yang paling banyak hasil jualan.

Ini semua membantu usahawan buat keputusan yang lebih bijak dalam pengurusan kewangan dan strategi bisnes.

Butiran invois jualan menunjukkan status e-invois

Contoh butiran invois jualan untuk bulan Ogos, menunjukkan status e-invois sama ada telah dibayar atau belum dibayar.

6.6 Akses di Mana-Mana Sahaja

Salah satu kelebihan besar sistem Niagawan ialah anda boleh akses dari pelbagai peranti — sama ada komputer, tablet, atau telefon pintar. Ini bermakna anda boleh urus e-invoice dan kewangan bisnes dari mana saja, pada bila-bila masa. Tak kisahlah jika anda tengah di luar pejabat atau sedang bercuti, semua maklumat invois tetap mudah diakses!

6.7 Mengurangkan Beban Manual dan Risiko Kesilapan

Dengan sistem akaun Niagawan, proses buat invois jadi lebih mudah dan risiko kesilapan dalam kerja manual pun berkurang. Sistem ni direka untuk pastikan setiap langkah, dari buat invois sampai hantar ke portal MyInvois, berjalan dengan tepat dan cepat.

Bila kurang campur tangan manual, risiko kesilapan besar pun dapat diminimumkan — jadi pemilik bisnes boleh urus invois dengan lebih tenang.

Pilihan 'Require an e-Invoice' di Niagawan Plus

Pilihan 'Require an e-Invoice' di Niagawan Plus untuk mengautomatikkan proses dan mengurangkan kesilapan manual.

7. Kesimpulan: Mengapa Niagawan Penyelesaian Terbaik untuk e-Invoice?

Dengan semua ciri dan kelebihan yang Niagawan tawarkan, memang jelas ia adalah sistem terbaik untuk usahawan di Malaysia yang nak manfaatkan e-invoice sepenuhnya.

Bukan saja ia mudahkan anda ikut undang-undang, tapi juga kurangkan beban urus invois dan tingkatkan kecekapan bisnes secara keseluruhan. Niagawan beri penyelesaian lengkap untuk perniagaan kecil dan sederhana — dari e-invoice sampai pengurusan kewangan, semuanya mudah di hujung jari anda.

Terima kasih,
Team Niagawan