EN
×

Pelancaran NiagaPlusPos — Integrasi Lengkap NiagaPlus & NiagaPos!

Pengumuman · 27 Mac 2025

Pelancaran NiagaPlusPos: integrasi lengkap NiagaPlus dan NiagaPos

Kepada pelanggan yang dihormati,

Terima kasih atas maklum balas dan sokongan anda. Kami amat menghargai setiap pandangan yang diberikan, yang telah membantu kami dalam meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami.

Kami dengan bangganya mengumumkan pelancaran NiagaPlusPos, integrasi terbaru antara NiagaPlus dan NiagaPos. Kini, anda boleh menikmati sistem yang lebih lancar dan menyeluruh untuk mengurus perniagaan anda dengan lebih cekap.

Apa yang Baharu dalam NiagaPlusPos?

Pengurusan Jualan. Lihat butiran jualan dari NiagaPos secara langsung dalam NiagaPlus, termasuk dalam buku tunai dan invois jualan. Dengan integrasi ini, anda boleh mengurus jualan perniagaan dengan lebih mudah, walaupun menggunakan kedua-dua sistem.

Pengurusan Stok. Urus stok anda dalam NiagaPlus dan ia akan diselaraskan secara automatik dengan NiagaPos. Ini memastikan inventori anda sentiasa tepat, terkini, dan teratur tanpa perlu kemas kini manual.

Laporan Kewangan Lengkap. Akses laporan kewangan penuh dalam NiagaPlus, kini dengan data jualan dari NiagaPos. Dapatkan gambaran menyeluruh tentang prestasi perniagaan anda dalam satu tempat.

Penawaran Terbaru Niagawan: NiagaPlusPos

Fungsi utama:

FungsiNiagaPlusNiagaPOSNiagaPlusPos
Pengurusan JualanInvois Jualan, Sebut Harga, Invois BelianPoint of Sale, Pembelian & PerbelanjaanGabungan fungsi NiagaPlus & NiagaPos
Pengurusan KewanganBuku Tunai, Aliran Tunai, Lejar Am, Penyesuaian BankLaporan Jualan Harian, P&L ReportLaporan kewangan lengkap dari kedua-dua sistem
Pengurusan Stok & PelangganInventori, Pengurusan Pelanggan & PembekalAliran TunaiPenyelarasan automatik jualan & stok
Laporan & PematuhanLaporan Untung & Rugi, e-Filing & Zakat, Penuaian Hutang/PiutangLaporan Jualan HarianLaporan kewangan diselaraskan secara automatik
Harga LanggananRM497/tahunRM197/tahunRM694/tahun RM597/tahun
Bilangan Pengguna3 pengguna1 pengguna4 pengguna
e-InvoisRM200/tahun (diberikan percuma!)
SSTRM200/tahun
Tambahan PenggunaRM100/tahun per id
Bluetooth PrinterRM100 (one-off)

Komitmen Kami Kepada Anda

Di Niagawan, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda. Pelancaran NiagaPlusPos adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memudahkan pengurusan bisnes anda dengan lebih efisien dan lancar.

Kami akan terus menambah baik sistem kami supaya anda mendapat penyelesaian yang lebih lengkap, fleksibel, dan menjimatkan.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda yang berterusan. Kami amat menghargai peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan bisnes anda.

Terima kasih,
Team Niagawan