Laporan Jualan memberikan anda gambaran keseluruhan mengenai prestasi jualan bisnes anda. Laporan ini dibahagikan kepada beberapa tab yang membolehkan anda menilai jualan berdasarkan tempoh masa, pelanggan, produk, kategori, dan staf jualan.
Langkah 1: Akses Laporan Jualan
- Pergi ke menu Laporan.
- Klik pada Laporan Jualan.
Langkah 2: Tab yang Terdapat dalam Laporan Jualan
Terdapat beberapa tab yang boleh anda pilih dalam laporan jualan untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik:
- i) Keseluruhan (Harian, Bulan dan Quarter)
Menyediakan data jualan mengikut tempoh masa yang berbeza seperti harian, bulanan atau suku tahunan. - ii) Pelanggan
Melihat senarai nama pelanggan dan jumlah perbelanjaan yang telah mereka lakukan. - iii) Produk
Menyediakan laporan jualan mengikut produk yang terjual. - iv) Kategori
Laporan jualan mengikut kategori produk yang dipilih. - v) Staff Jualan
Melihat prestasi jualan berdasarkan staf yang bertanggungjawab.
