EN
×

Kenapa saya tidak boleh padam/edit rekod resit ‘by system’ di Cash Book / Buku Tunai?

Akaun / Laporan · 28 Jun 2021

Untuk makluman, segala rekod resit yang dikeyin ‘by system’ — misalnya rekod Sale/Jualan menggunakan fungsi Invois Jualan (S) — ianya TIDAK BOLEH dipadam atau diedit di Buku Tunai.

‘By system’ merujuk kepada rekod transaksi yang akan auto-posting ke Buku Tunai.

Contohnya, Receipt for S1900016: ISMA IZA (24.50) bertarikh 16/10/2019. Apabila anda klik pada ikon Pencil ✏️, sistem akan tunjuk bahawa resit bayaran ini adalah ‘by system’.

Cara untuk batalkan rekod ‘by system’

  1. Menu > Resit Bayaran.
  2. Search by No. Resit, contoh R1900043.
  3. Klik pada ikon ✏️ untuk Edit/Batal.
  4. Klik ‘Batal Resit’.