EN
×

Cara Tambah Username Staf di Sistem Niagawan

Get Started · 10 Disember 2024

Cara Tambah Username Staf di Sistem Niagawan

Fungsi penambahan username staf dalam sistem Niagawan membolehkan anda menguruskan akses setiap staf dengan mudah. Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menambah username bagi staf anda.

Langkah-Langkah Tambah Username

  1. Klik Tetapan
    Pergi ke bahagian kanan atas skrin dan klik ikon profil anda.
  2. Buka Pengguna
    Dalam menu dropdown, pilih 'Pengguna' untuk membuka tetapan pengguna.
  3. Klik + Baru
    Klik butang '+ Baru' untuk menambah username baru bagi staf.
  4. Isi Maklumat Pengguna
    Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama dan username. Pastikan username tidak mengandungi ruang kosong, contohnya 'kopeda klang' harus ditulis sebagai 'kopedaklang'.
  5. Klik Tab Akses Pengguna
    Pilih jenis akses yang sesuai untuk staf anda. Anda boleh memilih antara:
    • Owner: Akses penuh tanpa boleh memadam username.
    • Admin: Akses untuk mengedit dan melihat semua data.
    • Sales: Hanya boleh melihat data tetapi tidak dapat mengedit inventori dan invois jualan.
  6. Simpan
    Selepas mengisi semua maklumat dan menetapkan akses pengguna, klik butang 'Simpan' untuk menyelesaikan penambahan username.

Nota Tambahan

  • Username haruslah dalam satu perkataan dan tidak boleh ada space (cth: "kopeda klang" harus ditulis "kopedaklang").
  • Jenis akses terbahagi kepada tiga kategori utama: Owner, Admin, dan Sales.