EN
×

Cara Submit e-Invois Dengan Sistem Niagawan

e-Invois · 22 Oktober 2024

Cara Submit e-Invois Dengan Sistem Niagawan

Sebagai permulaan sebelum menggunakan fungsi e-invois, anda boleh mula membuat tetapan dengan mengemaskini butiran bisnes dan menambah Niagawan sebagai intermediary.

Setelah berjaya membuat tetapan di atas, anda boleh terus isukan e-invois kepada pelanggan anda dengan mengikuti langkah-langkah mudah di bawah.

1. Isu Invois Dan Klik "Perlu e-Invois"

Untuk kongsi pautan permintaan e-Invois dengan pelanggan anda, isikan invois jualan seperti biasa. Kemudian, klik pada "Perlu e-Invois" dan klik "Save".

2. Lengkapkan Maklumat Pelanggan

Pada bahagian preview invois jualan, anda boleh skroll ke bawah dan dapatkan maklumat e-invois

Jika maklumat pelanggan belum tersedia:

  1. Anda boleh lihat status adalah "Maklumat pelanggan diperlukan".
  2. Jadi anda perlu dapatkan maklumat pelanggan anda dahulu dengan menghantar customer form melalui link kongsi e-invois sebelum meneruskan proses penghantaran e-invois.
  3. Setelah pelanggan anda mengisi maklumat yang diperlukan, e-invoice akan terus dihantar untuk pengesahan.

Jika maklumat pelanggan sudah tersedia:

  1. Anda boleh lihat status adalah "Klik butang untuk menghantar sebagai e-Invois".
  2. Jadi anda boleh terus hantar invois jualan sebagai e-invois pada butang "Sedia untuk Hantar".

3. Hantar Untuk Proses Pengesahan

Setelah invois jualan telah di hantar sebagai e-invois, status invois akan berubah kepada "Penghantaran sedang diproses. Sila periksa semula dalam beberapa minit."

4. e-Invois Siap!

Setelah disahkan, anda boleh kongsikan e-invois yang telah berjaya melalui link yang sama atau cetak e-invois. Pelanggan anda juga boleh terus mengakses e-invoice yang berjaya melalui customer form link.