Cara Setup Akaun dalam Niagawan
Untuk mula menggunakan sistem Niagawan, langkah pertama adalah menyediakan tetapan akaun anda dengan memasukkan butiran bisnes. Berikut adalah panduan lengkap:
1. Tetapan - Am
Di bahagian ini, masukkan butiran asas syarikat anda:
Syarikat:
- Nama Bisnes (tidak boleh diedit setelah dimasukkan).
- Nombor SSM.
- Butiran alamat.
- Akhir tahun kewangan.
- Mata wang yang digunakan.
- Pilihan perpuluhan harga (contoh: 0.00).
Bank/Tunai: Tambahkan sumber pembayaran syarikat seperti akaun bank atau tunai.
Kaedah Penghantaran:
Masukkan kaedah penghantaran yang digunakan (contoh: Poslaju, COD).
2. Tetapan - Pengguna
Berikan akses kepada staf dengan langkah berikut:
- Klik + Baru untuk menambah pengguna.
- Masukkan:
- Nama Pengguna (Username): Haruslah satu perkataan tanpa ruang.
- Kata Laluan
- Peranan:
- Admin: Boleh edit, delete, dan lihat semua rekod.
- Jualan: Tidak boleh edit atau delete rekod lain, hanya melihat rekod mereka sendiri.
- Klik Tab Akses Pengguna untuk tandakan fungsi yang staf boleh akses.
3. Tetapan - Dokumen
Di bahagian ini, lengkapkan dokumen yang diperlukan:
- Logo Syarikat: Muat naik logo anda.
- Template: Pilih antara Klasik atau Moden.
- Terma dan Syarat: Masukkan terma invois anda.
- Jenis Tandatangan: Muat naik cop syarikat atau tandatangan digital.
4. Tetapan - Produk
Organisasi produk anda dengan:
- Kategori: Pisahkan kumpulan produk kepada kategori tertentu.
- Jenis Harga (Price Type): Contoh, untuk ejen atau dropship.
- Unit Ukuran: Ubah tetapan titik perpuluhan jika perlu.
5. Tetapan - Perakaunan
Tambah lejar baru untuk perakaunan syarikat. Ikuti panduan lengkap di pautan berikut: Tambah Lejar Baru - Customize Ledger.
