EN
×

Cara Rekod Security Deposit dan Pemulangan Wang Deposit dalam Niagawan

Lain-Lain · 2 Januari 2025

Security Deposit: Panduan Pemulangan Wang Deposit

Security Deposit adalah wang cagaran yang sering digunakan dalam perniagaan seperti homestay, chalet, kereta sewa, dan lain-lain. Deposit ini biasanya dipulangkan sepenuhnya selepas tempoh sewaan jika tiada kerosakan berlaku.

Panduan ini akan membantu anda merekod transaksi wang deposit masuk dan pemulangan wang deposit dalam sistem Niagawan.

Langkah 1: Tambah Lejar Baru untuk Security Deposit

  1. Buka Custom Ledger
    • Tambahkan lejar baru dengan nama Security Deposit.
    • Tetapkan jenis lejar sebagai Liability.
    • Rujuk pautan berikut untuk cara tambah lejar: Cara tambah lejar baru

Langkah 2: Rekod Terimaan Wang Deposit dari Pelanggan

  1. Pergi ke Menu Perakaunan.
  2. Klik Buku Tunai.
  3. Klik + Baru pada Debit - Money In
  4. Isi maklumat berikut:
    • Tarikh: Tarikh terimaan deposit.
    • Butiran: Masukkan maklumat pelanggan.
    • Bank/Tunai: Pilih sumber pembayaran (contoh: Tunai atau Bank).
    • Amaun: Jumlah deposit diterima.
    • Lejar: Security Deposit (Liability).
    • Pembayar/Penerima: Masukkan nama pelanggan.
  5. Klik Simpan.

Langkah 3: Rekod Pemulangan Wang Deposit kepada Pelanggan

Apabila pelanggan dah habis tempoh sewaan, dan tiada kerosakan berlaku, jadi, full deposit dibayar semula kepada pelanggan. Berikut adalah langkah-langkah.

  1. Pergi ke Menu Perakaunan.
  2. Klik Buku Tunai.
  3. Klik + Baru pada Credit - Money Out.
  4. Isi maklumat berikut:
    • Tarikh: Tarikh wang deposit dipulangkan.
    • Butiran: Masukkan maklumat pelanggan.
    • Bank/Tunai: Pilih kaedah pembayaran (contoh: Tunai atau Bank).
    • Amaun: Jumlah deposit dipulangkan
    • Lejar: Security Deposit (Liability).
    • Pembayar/Penerima: Masukkan nama pelanggan.
  5. Klik Simpan.

Nota Penting

  • Pastikan semua transaksi direkodkan dengan tepat untuk memudahkan proses audit dan pengurusan kewangan.
  • Sentiasa semak baki lejar untuk memastikan rekod kewangan adalah konsisten dan tepat.