EN
×

Cara Rekod Pembelian Aset

Akaun / Laporan · 29 Jun 2021

Untuk merekodkan pembelian aset terdapat dua cara iaitu satu pembelian secara tunai dan juga pembelian secara hutang (loan). Pembelian Aset ini boleh melibatkan seperti perabot , kereta, bangunan, tanah, computer dan kelengkapan pejabat.

Pembelian Secara Tunai

" Sebagai contoh Puan Aina membeli meja , kerusi dan almari untuk kegunaan syarikat sebanyak RM 7650 secara tunai"

Cara merekod adalah seperti berikut :

  1. Klik Cash Book.
  2. Klik icon + untuk tambah transaction baru.
  3. Isi segala maklumat yang diperlukan (Date , Particular, Sumber,Transaction Type - Credit)
  4. Klik save.
  5. Klik Ledger Book.
  6. Masukkan transaction tersebut ke dalam Ledger Furniture & Fitting under fixed asset.

Pembelian Secara Hutang

" Tuan Abu membeli meja, kerusi dan almari untuk kegunaan syarikat sebanyak RM 8000 secara hutang dan membayar deposit sebanyak RM 1500"

Cara merekod adalah seperti berikut :

Step 1

  1. Menu > Account Report.
  2. Klik Ledger Book.
  3. Klik icon + untuk tambah transaction baru.
  4. Masukkan tarikh , Particular seperti Belian Perabot berserta amount (RM8000).
  5. Transaction DEBIT.
  6. Pilih ledger yang berkaitan seperti di Particular Furniture & Fitting.
  7. Klik button save.
  8. Klik Ledger Book semula.
  9. Klik button + untuk tambah transaction baru.
  10. Masukkan tarikh , Particular seperti Belian Perabot berserta amount sama seperti key in Asset tadi.
  11. Transaction CREDIT.
  12. Pilih ledger Loan Perabot (boleh customized) under liability.
  13. Klik save.

Step 2 ( Deposit dan juga apabila membuat pembayaran)

  1. Klik Cash Book.
  2. Klik icon + untuk tambah transaction baru.
  3. Isi segala maklumat yang diperlukan (Date , Particular, Sumber,Transaction Type - Credit)
  4. Klik save.
  5. Klik Ledger Book.
  6. Masukkan transaction tersebut ke dalam Ledger Loan Perabot.

Note : Untuk customized ledger boleh click link yang diberikan --> Bagaimana cara untuk tambah new lejar "type" di Ledger Book / Buku Lejar