EN
×

Cara Rekod Opening Balance Liabiliti dalam Niagawan

Get Started · 24 Disember 2024

Cara Rekod Opening Balance Liabiliti dalam Niagawan

Cara Rekod Opening Balance Liabiliti

Liabiliti merujuk kepada tanggungan atau pinjaman yang perlu diselesaikan oleh syarikat. Untuk merekodkan Opening Balance Liabiliti, anda hanya perlu memasukkan baki atau jumlah hutang terkini.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk merekod Opening Balance Liabiliti menggunakan sistem Niagawan.

Langkah-Langkah Rekod Opening Balance Liabiliti

  1. Akses Menu Perakaunan
    Buka menu Perakaunan di dashboard utama Niagawan.
  2. Pergi ke Bahagian Entri Lejar
    Klik pada pilihan Entri Lejar untuk mula merekodkan data.
  3. Pilih Tab Entri Pantas
    Di bahagian Entri Lejar, pilih tab Entri Pantas, kemudian pilih Jurnal Pembukaan.
  4. Masukkan Butiran Jurnal
    Tarikh: Masukkan tarikh permulaan rekod dalam sistem Niagawan.
    Ledger: Pilih ledger yang berkaitan dengan baki awal liabiliti, contohnya Pinjaman dari [Nama Peminjam] (Liability).
    • Jika belum ada ledger yang sesuai, anda boleh membuat Lejar Baru di menu tetapan.
  5. Simpan Rekod
    Klik butang Save untuk menyimpan entri Opening Balance Liabiliti.

Nota Penting

  • Pastikan lejar pinjaman/liabiliti yang dibuat hanya berkaitan dengan perniagaan.
  • Semua maklumat liabiliti haruslah tepat untuk memudahkan penyelesaian hutang.