Cara Rekod Opening Balance Asset
Aset adalah harta yang bernilai dan dimiliki oleh syarikat seperti bangunan, tanah, perabot, kereta, komputer, dan lain-lain. Aset ini digunakan dalam jangka masa panjang dan bukan untuk tujuan jualan semula.
Jika bisnes anda memiliki aset, pastikan anda merekodnya dalam sistem Niagawan. Ikuti langkah berikut:
Langkah-Langkah Rekod Opening Balance Asset
- Pergi ke Menu Perakaunan
Masuk ke bahagian Perakaunan pada sistem Niagawan. - Klik Entri Lejar
Klik pada pilihan Entri Lejar untuk mula merekodkan data. - Klik tab Entri Pantas
Dalam tab ini, pilih Jurnal Pembukaan untuk memasukkan rekod awal. - Masukkan Tarikh
Pastikan tarikh yang dipilih adalah tarikh mula aset direkodkan. - Pilih Ledger Berkaitan
Sebagai contoh, pilih ledger seperti Bangunan, Kenderaan, atau Perabot di bahagian Particular. - Klik Save
Simpan rekod untuk memastikan ia direkodkan dalam sistem.
Nota Tambahan
- Gunakan ledger yang sesuai dengan kategori aset syarikat anda.
- Contoh ledger untuk aset termasuk Tanah, Komputer, atau Perabot Pejabat.
- Pastikan nilai aset direkodkan dengan tepat untuk laporan kewangan yang lebih teratur.
