EN
×

Cara Rekod Nota Kredit (Credit Note) dalam Sistem Niagawan

Jualan / Invois · 22 November 2024

Cara Rekod Nota Kredit (Credit Note) dalam Sistem Niagawan

Dalam perniagaan, kadang-kala pelanggan mungkin akan memulangkan barang yang telah dibeli. Dalam kes ini, nota kredit (Credit Note) digunakan untuk merekodkan pemulangan dan juga untuk merekodkan bayaran balik atau refund jika perlu.

Di bawah adalah cara-cara untuk merekodkan nota kredit dalam dua situasi berbeza.

Situasi 1: Pelanggan Pulangkan Barang Jualan

  1. Akses Menu Jualan
    Masuk ke dalam menu Jualan di sistem Niagawan.
  2. Klik Invois Jualan
    Cari invois jualan yang mengandungi item yang dipulangkan oleh pelanggan.
  3. Klik Nota Kredit
    Pilih butang Nota Kredit dan pilih item yang dipulangkan.
  4. Klik Simpan
    Setelah memilih item yang dipulangkan, klik Simpan untuk menyimpan nota kredit tersebut.

Situasi 2: Pelanggan Pulangkan Barang dan Company Bayar Refund

  1. Akses Menu Jualan
    Masuk ke dalam menu Jualan di sistem Niagawan.
  2. Klik Invois Jualan
    Pilih invois jualan yang ada barang yang dipulangkan oleh pelanggan..
  3. Klik Nota Kredit
    Pilih butang Nota Kredit dan pilih item yang dipulangkan.
  4. Klik Simpan
    Setelah memilih item yang dipulangkan, klik Simpan.

Untuk Proses Bayaran Refund:

  1. Klik Perakaunan
    Pergi ke menu Perakaunan dalam sistem.
  2. Klik Lebihan Bayaran
    Pilih Lebihan Bayaran untuk memproses bayaran refund.
  3. Klik Tab Bayaran Balik
    Pilih tab Bayaran Balik untuk teruskan dengan proses refund.
  4. Cari Nombor Invois dan Masukkan Maklumat Bayaran
    Cari nombor invois yang berkaitan dan masukkan butiran bayaran baki yang perlu dibayar kepada pelanggan.
  5. Klik Simpan
    Setelah semuanya lengkap, klik Simpan untuk merekodkan bayaran balik tersebut.