EN
×

Cara Rekod Gaji Owner Enterprise dalam Sistem Niagawan

Lain-Lain · 2 Januari 2025

Panduan Rekod Gaji Owner/Pemilik Enterprise dalam Sistem Niagawan

Dalam perniagaan enterprise, gaji yang diambil oleh pemilik dianggap sebagai ambilan syarikat dan direkodkan sebagai pengeluaran dalam akaun. Berikut adalah langkah-langkah untuk merekodnya menggunakan sistem Niagawan:

Langkah Rekod Gaji Owner

  1. Masuk ke Menu Perakaunan:
    Pilih menu Buku Tunai.
  2. Cipta Rekod Baru:
    Klik +Baru pada bahagian Kredit - Duit Keluar.
  3. Isi Maklumat Bayaran:
    • Tarikh: Masukkan tarikh gaji dibayar.
    • Butiran: Contoh, “Gaji Owner Bulan Disember”.
    • Lejar: Pilih Pengeluaran/Dividen (Ekuiti) atau Withdrawal/Dividend (Equity).
  4. Simpan:
    Klik butang Simpan untuk memastikan rekod disimpan dalam sistem.

Contoh Situasi

Contoh:
Encik Ali, pemilik syarikat enterprise, mengambil gaji sebanyak RM2,000 pada 15 Disember.

Lejar: Pengeluaran/Dividen (Ekuiti).
Tarikh: 15 Disember.
Butiran: Gaji Pemilik untuk bulan Disember.

Nota Penting

  • Gaji pemilik tidak dianggap sebagai perbelanjaan syarikat kerana ia dikategorikan sebagai pengeluaran ekuiti.
  • Pastikan rekod gaji pemilik konsisten setiap bulan untuk memudahkan penyediaan laporan kewangan.
  • Gunakan kategori lejar yang tepat untuk membezakan antara ambilan pemilik dan perbelanjaan lain.