EN
×

Cara Rekod Consignment dalam Sistem Niagawan

Jualan / Invois · 28 November 2024

Cara Rekod Consignment dalam Sistem Niagawan

Apa Itu Consignment?

Consignment merujuk kepada situasi di mana syarikat anda atau supplier menghantar produk ke lokasi tertentu, seperti kedai atau vendor. Pembayaran hanya direkod selepas produk terjual.

Berikut adalah langkah untuk merekod transaksi consignment dalam dua situasi berbeza:

Situasi 1: Syarikat Anda Hantar Produk ke Kedai/Vendor

  1. Langkah 1: Klik Menu Jualan
    Pergi ke Menu Jualan dalam sistem Niagawan
  2. Langkah 2: Klik Invois Jualan
    Pilih Invois Jualan untuk mula merekod.
  3. Langkah 3: Tambah Rekod Baharu
    Klik butang ➕ Baru untuk menambah rekod baru.
  4. Langkah 4: Klik ➕ Tambah Produk
    Cari dan pilih nama produk yang dihantar kepada vendor.
  5. Langkah 5: Klik Simpan
    Simpan invois jualan tersebut.

Bila barang dah terjual, kena Edit semula Invois Jualan tersebut, klik pada button Edit

  1. Langkah 6: Edit Semula Invois Jualan
    Apabila barang telah terjual, klik butang Edit untuk mengemas kini invois.
  2. Langkah 7: Masukkan Unit Dijual
    Di bahagian Butiran, betulkan unit mengikut jumlah produk yang dijual.
  3. Langkah 8: Klik Simpan
    Simpan perubahan pada invois tersebut.
  4. Langkah 9: Klik Button Resit Invois
    Rekod pembayaran pelanggan dengan klik pada butang Resit Invois.
  5. Langkah 10: Masukkan Butiran Bayaran
    Masukkan maklumat pembayaran dan klik Simpan.

Situasi 2: Supplier Hantar Produk ke Kedai Anda

  1. Langkah 1: Klik Menu Belian
    Pergi ke menu Belian dalam sistem Niagawan.
  2. Langkah 2: Klik Invois Belian
    Pilih Invois Belian untuk merekod belian dari supplier.
  3. Langkah 3: Tambah Rekod Baharu
    Klik butang ➕ Baru untuk menambah rekod baru.
  4. Langkah 4: Klik ➕ Tambah Produk
    Cari dan pilih nama produk yang diterima dari supplier.
  5. Langkah 5: Klik Simpan
    Simpan invois belian tersebut.

Bila barang dah terjual, kena Edit semula Invois Belian tersebut, klik pada button Edit

  1. Langkah 6: Edit Semula Invois Belian
    Apabila barang telah terjual, klik butang Edit untuk mengemas kini invois.
  2. Langkah 7: Masukkan Unit Dijual
    Di bahagian Butiran, betulkan unit mengikut jumlah produk yang dijual.
  3. Langkah 8: Klik Simpan
    Simpan perubahan pada invois tersebut.
  4. Langkah 9: Klik Button Pembayaran
    Klik butang Pembayaran untuk merekodkan bayaran kepada supplier.
  5. Langkah 10: Masukkan Maklumat Bayaran
    Lengkapkan maklumat pembayaran dan klik Simpan.