Cara Rekod Belanja Terdahulu dalam Sistem Niagawan
Belanja Terdahulu adalah perbelanjaan yang akan datang tetapi dibayar lebih awal daripada bulan yang sepatutnya.
Contoh: Bil Elektrik untuk bulan Julai 2024 telah dibayar lebih awal pada bulan Mei 2024.
Perbelanjaan ini perlu direkod dengan cara yang betul untuk memastikan kewangan syarikat direkodkan dengan tepat.
Langkah 1: Tambah Lejar Baru untuk Belanja Terdahulu
Sebelum membuat rekod pembayaran, anda perlu membuat atau mengubah lejar khusus untuk belanja terdahulu. Contohnya, lejar untuk Bil Elektrik Terdahulu (kategori: Aset Semasa). Ikuti langkah berikut:
- Rujuk panduan berikut untuk menambah lejar: Cara Tambah Lejar Baru
- Pastikan kategori lejar adalah Aset Semasa.
Langkah 2: Rekod Pembayaran Awal (Advance Payment)
- Masuk ke Menu Perakaunan.
- Klik pada Buku Tunai.
- Klik + Baru di bahagian Kredit - Duit Keluar.
- Pilih Tarikh Bayaran (contoh: bulan Mei 2024).
- Isi butiran transaksi.
- Pilih Lejar - Bil Elektrik Terdahulu (Aset Semasa).
- Klik Simpan.
Langkah 3: Rekodkan Bil Elektrik pada Bulan yang Tepat (Julai 2024)
- Masuk ke Menu Perakaunan.
- Klik pada Entri Lejar.
- Klik + Baru
- Pilih Tarikh bil tersebut (contoh: Julai 2024)
- Isi maklumat berikut dalam lejar:
- Debit: Electric, Water, Utility (Expense)
- Credit: Bil Elektrik Terdahulu (Aset Semasa)
- Klik Simpan.
Nota Tambahan
- Dengan merekod perbelanjaan ini sebagai Aset Semasa, anda memastikan belanja tersebut hanya diiktiraf pada bulan yang sepatutnya.
- Langkah ini membantu mengekalkan ketepatan laporan kewangan dan mengelakkan pertindihan rekod pendapatan atau perbelanjaan.
