EN
×

Cara Rekod Bayaran untuk Beberapa Invois Pembekal dalam Satu Transaksi

Perbelanjaan / Belian · 6 Disember 2024

Cara Rekod Bayaran untuk Beberapa Invois Pembekal dalam Satu Transaksi

Sekiranya syarikat membuat bayaran untuk beberapa invois belian daripada pembekal (supplier) yang sama, proses merekodkan pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menggunakan langkah berikut:

Cara Rekod Bayaran untuk Beberapa Invois Belian (Multiple Payment)

  1. Pergi ke Menu Belian
    Masuk ke Menu Belian di sistem.
  2. Klik Baucer Bayaran
    Pilih Baucer Bayaran untuk merekodkan pembayaran invois.
  3. Klik Butang Bayar Invois
    Tekan butang Bayar Invois untuk memilih invois yang berkaitan.
  4. Cari Nama Pembekal
    Cari nama pembekal, dan sistem akan memaparkan senarai invois untuk pembekal tersebut.
  5. Pilih Tarikh Bayaran
    Tetapkan tarikh pembayaran yang telah dilakukan.
  6. Pilih Kaedah Bayaran
    Pilih kaedah bayaran: Bank atau Tunai, bergantung pada transaksi.
  7. Masukkan Jumlah Bayaran
    Masukkan jumlah keseluruhan pembayaran yang dibuat.
  8. Tandakan pada Invois yang Dibayar
    Tandakan (√) pada invois yang ingin dibayar.
    • Jika pembayaran separa, masukkan jumlah bayaran di ruangan Amount.
  9. Muat Naik Lampiran
    Muat naik dokumen sokongan seperti gambar resit pembayaran.
  10. Klik Simpan
    Klik butang Simpan untuk menyimpan transaksi ke dalam sistem.