Pengenalan
Ambilan stok dalam perniagaan boleh berlaku atas pelbagai sebab. Berikut adalah empat kategori utama ambilan stok:
- Ambilan untuk barang hilang
- Barang rosak
- Ambilan untuk kegunaan sendiri
- Ambilan barang untuk promosi atau marketing
Untuk merekod ambilan ini dengan betul, anda perlu melengkapkan dua langkah utama:
- Key in adjustment (kuantiti) - Rekodkan di bahagian Inventori.
- Key in adjustment (nilai/RM) - Rekodkan di bahagian Buku Lejar (Ledger Book).
Ikuti panduan terperinci di bawah untuk setiap langkah:
STEP 1: Rekod Adjustment Kuantiti di Inventori
Langkah ini penting untuk memastikan sistem inventori mencatat perubahan kuantiti barang dengan betul.
- Pergi ke Menu Product
- Klik Inventori
- Cari nama produk yang berkaitan menggunakan ruangan carian, kemudian klik ikon ‘>’ di sebelah nama produk.
- Klik butang Laras Stok untuk menambah pergerakan stok baru.
- Masukkan maklumat berikut:
- Tarikh: Tarikh ambilan berlaku.
- Movement: Pilih jenis pergerakan, seperti Out (stok keluar), Damage (barang rosak), atau Lost (barang hilang).
Nota Penting:
Pastikan jumlah kuantiti yang diambil direkod dengan tepat kerana ia akan menjadi rujukan untuk adjustment nilai pada STEP 2.
STEP 2: Rekod Adjustment Nilai/RM di Buku Lejar
Langkah ini melibatkan pencatatan kewangan berdasarkan kuantiti stok yang telah diambil (dirujuk dari STEP 1). Ikuti langkah berikut:
- Pergi ke Menu Perakaunan
- Klik Entri Lejar
- Klik +Baru untuk mencipta entri baru.
Masukkan maklumat berdasarkan kategori berikut:
1. Barang Rosak & Hilang
- Credit: Ledger Belian Stok / Inventori (Stock Purchase/Inventori) – Aset Semasa
- Debit: Ledger Stock Hilang & Rosak – Perbelanjaan (Expenses)
(Nota: Anda perlu customize ledger untuk kategori ini.)
2. Ambilan untuk Kegunaan Sendiri
- Credit: Ledger Belian Stok / Inventori (Stock Purchase/Inventori) – Aset Semasa
- Debit: Ledger Proprietor Salary & Allowance – Perbelanjaan (Expenses)
3. Ambilan untuk Promosi/Marketing
- Credit: Ledger Belian Stok / Inventori (Stock Purchase/Inventori) – Aset Semasa
- Debit: Ledger Advertisement & Promotion – Perbelanjaan (Expenses)
Nota Penting
Untuk setiap adjustment nilai ini, anda perlu mengira nilai berdasarkan:
[Harga Kos x Kuantiti yang Diambil]
Gunakan data yang telah direkodkan dalam STEP 1 sebagai rujukan untuk kuantiti.
