EN
×

Cara Pindahkan Duit Tunai Ke Dalam Bank (Contra) dengan Niagawan

Akaun / Laporan · 31 Disember 2024

Cara Pindahkan Duit Tunai Ke Dalam Bank (Contra)

Proses pemindahan duit tunai ke dalam bank atau pengeluaran duit tunai dari bank memerlukan rekod yang tepat untuk memastikan baki akaun sentiasa seimbang. Berikut adalah panduan untuk kedua-dua situasi:

Situasi 1: Duit Tunai Dimaksudkan Ke Dalam Bank (CDM)

Proses ini digunakan apabila anda memasukkan wang tunai ke akaun bank melalui mesin deposit tunai (CDM).

Langkah-Langkah:

  1. Menu Perakaunan
    Log masuk ke sistem Niagawan dan pilih Menu Perakaunan.
  2. Klik Buku Tunai
    Pergi ke fungsi Buku Tunai untuk merekod pemindahan.
  3. Klik Butang Pindahan
    Pilih butang ini untuk mula merekod pemindahan.
  4. Isi Butiran Pemindahan
    Dari: Tunai
    Ke: Bank
    Tarikh: Masukkan tarikh duit tunai dimasukkan ke dalam bank.
    Jumlah: Rekodkan jumlah wang yang dimasukkan.
  5. Simpan Transaksi

Situasi 2: Pengeluaran Duit Tunai Dari Bank

Proses ini digunakan apabila anda mengeluarkan duit tunai daripada akaun bank untuk kegunaan tunai.

  1. Pergi ke Menu Perakaunan
    Log masuk ke sistem Niagawan dan pilih Menu Perakaunan.
  2. Klik Buku Tunai
    Pergi ke fungsi Buku Tunai untuk merekod pengeluaran.
  3. Klik Butang Pindahan
    Pilih butang ini untuk mula merekod pemindahan.
  4. Isi Butiran Pemindahan
    Dari: Bank
    Ke: Tunai
    Tarikh: Masukkan tarikh pengeluaran duit tunai dilakukan.
    Jumlah: Rekodkan jumlah wang yang dikeluarkan.
  5. Simpan Transaksi

Nota Penting

  • Sentiasa pastikan butiran tarikh dan jumlah wang adalah tepat.
  • Gunakan deskripsi tambahan jika diperlukan untuk rujukan masa depan.