EN
×

Cara Pantau & Kemaskini Pergerakan Inventori dengan Mudah

Produk / Inventori · 9 Disember 2024

Cara Pantau & Kemaskini Pergerakan Inventori dengan Mudah

Inventory Movement adalah fungsi penting untuk memantau pergerakan produk keluar dan masuk serta baki yang tersedia. Pergerakan inventori ini akan dikemas kini secara automatik apabila menggunakan Sale Invoice, POS, dan Purchase Invoice.

Namun, bagi transaksi menggunakan Cash Sale, anda perlu merekod secara manual di bahagian inventori untuk memastikan item keluar direkod dengan tepat.

[Baca juga:- Cara mengimbangkan Inventori: Elakkan Overstocking dan Kekurangan Stok]

Jenis Pergerakan dalam Inventory Movement

  1. Masuk (IN): Stok yang diterima masuk ke dalam inventori.
  2. Dihantar (Sold/Deliver): Stok yang dijual atau dihantar kepada pelanggan.
  3. Keluar (Out): Stok yang digunakan untuk kegunaan lain.
  4. Rosak (Damage): Stok yang rosak dan tidak boleh dijual.
  5. Hilang (Lost): Stok yang hilang atau tidak dapat dikesan.
  6. Baki (Balance): Baki stok yang tinggal selepas pergerakan.

Cara Rekodkan Inventory Movement Secara Manual

  1. Pergi ke Menu Produk
    Pilih menu Produk untuk akses kepada senarai inventori.
  2. Pilih Bahagian Inventori
    Klik tab Inventori untuk melihat stok produk anda.
  3. Cari Produk yang Terlibat
    Gunakan fungsi carian untuk memilih produk yang ingin dikemas kini.
  4. Klik Kotak Laras Stok (Adjust Stock)
    Pilih pilihan ini untuk menambah pergerakan baru.
  5. Masukkan Butiran Pergerakan
    • Masukkan tarikh pergerakan.
    • Pilih jenis pergerakan seperti In, Out, Damage, atau Lost.
  6. Klik Simpan
    Simpan perubahan untuk mengemas kini data inventori anda.