EN
×

Cara Masukkan dan Rekod Pakej atau Combo Jualan dalam Sistem

Produk / Inventori · 9 Disember 2024

Cara Masukkan dan Rekod Pakej atau Combo Jualan dalam Sistem

Untuk memudahkan proses jualan secara combo atau pakej, sistem membolehkan anda menambah pakej khas dengan langkah-langkah yang mudah. Ikuti panduan di bawah untuk membuat pakej dan merekodnya di invois jualan.

Langkah-Langkah Membuat Pakej

  1. Menu Produk
    Pergi ke menu Produk dalam sistem.
  2. Klik Pakej
    Pilih tab Pakej untuk memulakan.
  3. Klik +Baru
    Tekan butang +Baru untuk mencipta pakej baharu.
  4. Masukkan Nama Pakej
    Contohnya, "Combo 3 Unit".
  5. Klik Button Simpan
    Simpan pakej asas sebelum menambah produk.
  6. Klik +Tambah Produk
    Tambahkan produk yang ingin dimasukkan ke dalam pakej tersebut.
  7. Isi Diskaun (Jika Ada)
    Masukkan nilai diskaun dalam kotak yang disediakan jika pakej menawarkan potongan harga.
  8. Klik Button Simpan
    Pastikan semua butiran telah dimasukkan sebelum menyimpan.

Nota: Sistem secara automatik akan mengira diskaun berdasarkan kuantiti unit.

Cara Masukkan Pakej Ketika Merekod Invois Jualan

  1. Menu Jualan
    Pergi ke menu Jualan.
  2. Klik Invois Jualan
    Pilih tab Invois Jualan untuk menambah transaksi baharu.
  3. Klik +Baru
    Tekan butang +Baru untuk mencipta pakej baharu.
  4. Pilih Pelanggan
    Pilih nama pelanggan untuk invois tersebut.
  5. Masukkan Tarikh
    Tetapkan tarikh invois.
  6. Tambah Produk Pakej
    Klik +Tambah Produk, kemudian pilih tab Pakej dan pilih pakej yang ingin dimasukkan.
  7. Klik Simpan
    Pastikan semua butiran telah lengkap sebelum menyimpan invois.