Panduan: Cara Ketahui Sales Pada Hari Tertentu
Untuk mengetahui jumlah jualan pada hari tertentu, pilihan anda bergantung kepada keperluan syarikat anda. Berikut adalah dua kaedah untuk memeriksa data jualan:
1. Semak Total Duit Masuk di Cash Book (Buku Tunai)
Digunakan apabila ingin mengetahui jumlah wang yang diterima pada hari tersebut, termasuk pembayaran lain selain daripada jualan.
Langkah-langkah:
- Pergi ke Menu Perakaunan.
- Klik Buku Tunai.
- Pilih Tarikh jualan yang ingin disemak.
- Sistem akan memaparkan Total Duit Masuk berdasarkan tarikh yang dipilih.
Nota
- Data di Buku Tunai merangkumi semua transaksi duit masuk (seperti bayaran deposit atau pembayaran lain), bukan semata-mata jualan.
2. Semak Total Sales di Sales Invoice
Digunakan apabila ingin mengetahui jumlah jualan sebenar untuk hari tersebut, berdasarkan invois jualan yang telah direkodkan.
Langkah-langkah:
- Pergi ke Menu Jualan.
- Klik Invois Jualan.
- Pilih Tarikh untuk hari yang ingin diperiksa.
- Sistem akan memaparkan semua Invois Jualan yang direkodkan pada hari tersebut.
- Jumlah keseluruhan Sales telah dikira secara automatik oleh sistem sebagai Pendapatan (Income) syarikat.
Nota
- Kaedah ini sesuai jika semua jualan direkodkan melalui Sales Invoice.
- Tidak termasuk wang lain yang masuk selain daripada hasil jualan.
