Jika mendapati Invois Belian tidak mempunyai dokumen Penerimaan Barang (Goods Received atau GR), anda boleh menjana GR baharu dengan langkah berikut:
Semak Invois Belian
- Periksa terlebih dahulu invois belian yang tiada dokumen penerimaan barang.
- Salin nombor invois belian untuk digunakan semasa proses GR.
Cara Pertama: Jana GR Secara Automatik
- Pergi ke Menu Belian
Pilih Menu Belian di sistem. - Klik Penerimaan Barang / Goods Receive (GR)
Masuk ke bahagian Penerimaan Barang. - Klik Butang GR Belum Jana
Pilih butang ini untuk mencari invois yang belum dijana GR. - Cari Nombor Invois Belian
- Tampal (paste) nombor invois belian ke dalam kotak carian.
- Klik ikon anak panah bulat untuk menjana GR secara automatik.
Cara Kedua: Jana GR Secara Manual
- Pergi ke Menu Belian
Pilih Menu Belian di sistem. - Klik Penerimaan Barang / Goods Receive (GR)
Masuk ke bahagian Penerimaan Barang. - Klik +Baru
Klik butang +Baru untuk menambah GR secara manual. - Cari Nombor Invois Belian
Tampal (paste) nombor invois belian ke dalam kotak carian. - Masukkan Unit yang Diterima
Isi jumlah unit barang yang telah diterima. - Klik Simpan
Akhir sekali, klik butang Simpan untuk menyimpan GR ke dalam sistem.
