EN
×

Bagaimana cara untuk rekod hutang / pinjaman?

Akaun / Laporan · 29 Jun 2021

Hutang / Pinjaman boleh dimaksudkan bahawa mana syarikat itu sendiri yang berhutang atau syarikat itu memberi hutang. Jadi secara ringkasnya hutang / pinjaman ini dapat dibahagikan kepada :-

Pinjaman Diberi (curasset) - Contoh syarikat beri pinjaman kepada orang.
Jadi, ianya dikira sebagai aset semasa, kerana duit tu akan di kembalikan semula oleh orang tersebut.

DAN;

Pinjaman Diterima (liabiliti) - Contoh adalah kalau syarikat pinjam dari badan badan luar misalnya Pinjaman/Loan dari Bank. Jadi, ianya dirujuk sebagai hutang yang perlu dibayar.

Jadi untuk cara rekod menggunakan Niagawan adalah seperti berikut :-

Cara Rekod Pinjaman Diberi (curasset)

  1. Masukkan Jumlah Pinjaman yang Diberi di Account / Reports > Cash Book > Kredit (Duit Keluar) dan setkan di Buku Lejar sebagai curasset under lejar yang telah Customize atau lejar Pinjaman Diberi.
  2. Terima semula duit pinjaman boleh rekod di Buku Tunai>Debit (Duit Masuk) dan setkan under lejar yang sama juga.

Cara Rekod Pinjaman Diterima (liabiliti)

  1. Masukkan Jumlah Pinjaman yang Diterima di Account / Reports > Cash Book > Debit (Duit Masuk) dan setkan di Buku Lejar sebagai liabiliti under lejar yang telah customize atau lejar Pinjaman Diterima.
  2. Bayaran semula pinjaman boleh rekod di Buku Tunai>Kredit (Duit Keluar) dan setkan under lejar yang sama juga.