EN
×

Apa itu Baki Semasa (current), Baki B/B (previous) & Baki B/H (forward) di Buku Tunai?

Akaun / Laporan · 28 Jun 2021

Baki Semasa (current)

Baki Semasa merujuk kepada baki semasa pada bulan itu.

Baki Semasa (current) = Total Debit − Total Kredit

Baki B/B (previous)

Baki B/B merujuk kepada baki dari bulan lepas.

Baki B/H (forward)

Baki B/H merujuk kepada Baki Semasa + Baki B/B dan akan auto carry forward ke bulan seterusnya. Ia juga merupakan baki wang terkini yang ada dalam Sumber/Tabung Duit.

Jadi adalah penting untuk pastikan pada setiap bulan Baki B/H adalah tepat, kerana baki ini akan auto carry forward ke bulan seterusnya.

Baki B/H (forward) = Baki Semasa (current) + Baki B/B (previous)

Mahu lihat baki ini dalam sistem?

Dengan buku tunai dalam Niagawan Plus, baki semasa, baki B/B dan baki B/H dikira dan dibawa ke hadapan secara automatik setiap bulan — jadi rekod kewangan anda sentiasa tepat tanpa perlu kira manual.

Baca juga: Cara Menggunakan Buku Tunai (Cash Book) dalam Sistem Niagawan