Lejar Belian Stok (Inventori) dan Bahan Mentah (COGS) digunakan untuk merekod kos pembelian produk dan bahan yang akan ditolak pada bahagian Profit & Loss. Namun, penggunaannya berbeza bergantung pada jenis perniagaan: trading atau manufacturing (pembuatan).
1. Belian Stok / Inventori (Stock Purchase / Inventory)
Sesuai Untuk: Perniagaan trading yang menjual produk secara langsung daripada pembekal.
Kelebihan:
- Memudahkan pengurusan inventori.
- Produk dijual akan direkod secara automatik pada bahagian inventori.
Cara Rekod:
- Guna Fungsi: Invois Belian (Purchase Invoice).
- Ledger Pilihan: Stock Purchase / Inventory.
Kesan: Kemas kini kuantiti produk dalam inventori.
Rujukan Tambahan: Cara Rekod Pembelian Stok
2. Belian Bahan Mentah (Material Purchase / COGS)
Sesuai Untuk: Perniagaan pembuatan (manufacturing) atau servis.
Kelebihan:
- Rekod kos bahan mentah atau bahan perkhidmatan (kos langsung).
- Tidak melibatkan pengurusan inventori.
Cara Rekod:
- Guna Fungsi: Perbelanjaan Baru (New Expenses) atau Invois Belian.
- Ledger Pilihan: Material Purchase (COGS).
Kesan: Kos bahan mentah akan dikira dalam Cost of Goods Sold (COGS) pada Profit & Loss.
Rujukan Tambahan: Cara Rekod Belian Bahan Mentah dengan Supplier
Perbezaan Utama: Belian Stok vs. Bahan Mentah
| Kategori | Belian Stok (Inventory) | Bahan Mentah (COGS) |
|---|---|---|
Jenis Perniagaan |
Trading |
Manufacturing / Servis |
Kegunaan Ledger |
Rekod produk untuk jualan langsung |
Rekod kos bahan mentah |
Kesan Pada Inventori |
Update kuantiti inventori |
Tidak melibatkan inventori |
Fungsi Yang Digunakan |
Purchase Invoice |
New Expenses atau Purchase Invoice |
FAQ: Soalan Lazim Tentang Belian Stok dan Bahan Mentah
Q1: Bilakah saya perlu guna ledger Belian Stok?
A1: Jika anda menjalankan perniagaan trading dan ingin mengurus inventori produk.
Q2: Bagaimana saya rekod bahan mentah dalam sistem?
A2: Pilih ledger Material Purchase (COGS) sama ada melalui fungsi New Expenses atau Purchase Invoice.
Q3: Apakah kelebihan guna Invois Belian untuk stok?
A3: Sistem akan secara automatik mengemas kini jumlah kuantiti produk dalam inventori.
